Akibat mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dgn ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing2 yg masih terlalu mentah dlm melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan..
Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yg menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yg sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dgn caci-maki mertuanya bila dituduh suami yg tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri...
Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan maruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yg bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yg terlalu bnyk likunya.....